Mengenai perpustakaan
Makkah Al-Mukarramah
Perpustakaan Makkah terletak di sebelah timur tempat sai’e
yang dimulai dari bukit Abu thalib. Didirikan oleh syeikh Abbas Qoththan pada
1950 M-1370 H.Sekrang dibawah Kemententerian Urusan Agama Islam. Memiliki banyak
kitab,naskah-kaskah lama dan pelbagai benda bersejarah yang tak ternilai.
Bangunan perpustakaan ini masih terpelihara dalam bentuk aslinya, terdiri dari
dua tingkat dan jendela yang dibuat dari kayu. Berwarna coklat
kehitam-hitaman,yang menjadi ciri khas bangunan Makkah sejak dulu.
Hakikat
Perpustakaan Makkah Al-Mukarramah
Disebutkan
oleh sebahagian ahli sejarah, bahawa perpustakaan ini adalah rumah dimana
Rasulullah dilahirkan.Rumah itu kemudian dimiliki oleh Aqil bin Abu Thalib yang
ia terima dari nabi ketika beliau hijrah ke Madinah,hingga kemudian dijual
kepada Muhammad bin Yusuf ats Tsaqafi(saudara al Hajjaj),yang kemudian
memasukkannya ke dalam bahagian rumahnya yang dikenal dengan nama Dar
Al-Baidha’.Dan ketika al Khayziran(ibu Harun ar Rasyid)menunaikan haji pada
tahun 171H,ia kemudian menjadikannya masjid untuk disolat.
Sebenarnya
tidak ada dalil shahih yang menjelaskan secara meyakinkan dimana tempat
kelahiran Muhammad dengan pasti. Oleh sebab itu, ulama dan sejarahwan berbeda
pendapat dalam menentukan tempat kelahiran
beliau.
Seorang
lelaki bernama abu saalim al ayasyi yang meninggal tahun 1090H pernah
memberitahu tentang tempat kelahiran nabi yang sebenarnya. Dia menyebutkan juga
tentang perbezaan pendapat di antara ulama tentang hal ini,lalu berdiskusi
pendapat yang mashur dengan orang lain, Ia berkata ‘yang menghairankan adalah
mereka menetapkan tempat kelahiran dari rumah itu seukuran tempat tidur. Mereka
berkata bahawa itulah tempat kelahiran Rasulullah.Pendapat beliau penetapan ini
sangat jauh dari jalur periwayatan yang sahih ataupun lemah, berdasarkan perbezaan
pendapat sebelumnya, adakah di kota makkah atau di tempat lain.Jika betul di
Kota Makkah,ia dikawasan mana? Di perumahan mana?masih susah jika nak
meletakkan ataupun memberitahu secara tepat.Setelah berlalunya masa dan era
yang panjang serta hilangnya jejak sejarah.
Kemudian
beliau berkata dengan menyampaikan kebenaran berkenaan tempat itu: ‘kelahiran
itu terjadi pada zaman jahiliyah dan tidak ada seorang pon yang memiliki perhatian
untuk menghafal dan memelihara pelbagai tempat.Dan setelah datangnya islam,kita
tahu keadaan para sahabat dan tabi’in yang tidak terlalu menaruh perhatian
terhadap tempat-tempat yang tidak terkait dengan amalan syar’i,semoga Allah
meredhai mereka,lebih mengalihkan perhatian terhadap yang lebih penting dari
itu,iaitu menjaga syariat dan melindunginya.’’
Sejarahwan
terkenal,Hamd Al-Jaasir berkata,perbezaan dalam menentukan tempat kelahiran
nabi berdasarkan pendapat diyakini,iaitu tempat yang sudah terkenal dan
dinamakan oleh sebahagian orang sebagai tempat kelahiran,pada dasarnya tidaklah
tertegak atas dasar sejarah yang betul.
Dan tidak
diragukan lagi bahawa perbedaan pendapat di antara ulama dan sejarahwan dalam
penetuan tempat kelahiran nabi adalah dalil yang mennjukkan bagaimana para
sahabat tidak terlalu menaruh perhatian akan hal ini,kerana tidak berkait
dengan amalan syariat.Jika tidak,tentu mereka akan sepakat menentukan tempat
tertentu yang terkenal sebagimana mereka mengenal tempat-tempat yang lain.
3.Adakah
disyariatkan untuk menziarahi mencari
keberkatan?
Tidak
disyariatkan untuk menziarahi perpustakaan ini dengan niat ibadah,kerana dari
satu sisi,tidak ada dalil menunjukkan hal itu,sementara dasar ibadah itu adalah
tauqifi(tidak melakukan ibadah dendan dalil),Dan dari sisi lain,penetapan
tempat kelahiran rasullullah pun tidak tepat seperti yang dijelaskan
sebelumnya.Jika kita anggap tepat tetapi tidak boleh sama sekali menjadikannya
tmpat untuk mencari berkat,kerana tidak disyariatkan menjadikan tempat duduk
atau tempat solat untuk menjadi berkat.
Adapun
dalil yang menunjukkan disyariatkan menggagunggkan tempat kelahiran rasulullah
dan mencari berkat disana,sebagaimana yang diriwayatkan bahawa malaikat jibril memerintah muhammad pada malam Isra’
dan mi’raj untuk melaksanakan solat dua rakaat di Bethlehem,tempat kelahiran
nabi Isa,maka hal itu dapat dibantah dengan jawapan berikut:
1.Bahawa
para ulama hadith dan ulama lainnya menghukum riwayat hadith ni sebagai riwayat
munkar dan maudhu’.
Syeikh al
islam Ibnu Taimiyah berkata terdapat riwayat yang sahih bahawa nabi Muhammad ketika
mendatangi Baitul Maqdis pada malam Isra’ dan Mikraj,beliau melaksanakan solat
didalamnya sebanyak dua rakaat.
Beliau
tidak melaksanakan solat di tempat lain ataupun mengujunginya,kisah mikraj itu
itu,sebahagiannya ada dalam kitab shih,juga ada dalam kitab sunan dan
musnad,juga ada yang dhaif(lemah) ada pula yang cerita palsu
dikarang-karang,seperti hadith yang diriwayatkan sebahagian orang,yang
didalamnya disebutkan bahawa malaikat Jibril berkata kepada nabi.’’Ini adalah
kuburan ayah-mu,nabi Ibrahim,singgalah dan lakukan solat disana.Ini adalah
Bethelem,tempat kelahiran saudara-mu,nabi Isa,singgah-lah dan tunaikan solat
disana.Ini semua adalah riwayat-riwayat dusta yang dibuat sehingga padanya.’’bethelem
adalah satu di antara gereja orang-orang Nasrani,bagi orang muslim tidak ada
keutamaan mendatanginya,bai di tempat kelahiran nabi Isa atau sebaliknya.
Ibnu Qayyim
berkata’’Dikatakan beliau singgah di bethelem dan melaksanakan solat
disana,sedangkan riwayat itu tidak benar sama sekali.Wallahu a’lam