Tuesday 10 March 2020

Tempat kelahiran Rasulullah


Mengenai perpustakaan Makkah Al-Mukarramah



Perpustakaan  Makkah terletak di sebelah timur tempat sai’e yang dimulai dari bukit Abu thalib. Didirikan oleh syeikh Abbas Qoththan pada 1950 M-1370 H.Sekrang dibawah Kemententerian Urusan Agama Islam. Memiliki banyak kitab,naskah-kaskah lama dan pelbagai benda bersejarah yang tak ternilai. Bangunan perpustakaan ini masih terpelihara dalam bentuk aslinya, terdiri dari dua tingkat dan jendela yang dibuat dari kayu. Berwarna coklat kehitam-hitaman,yang menjadi ciri khas bangunan Makkah sejak dulu.


Hakikat Perpustakaan Makkah Al-Mukarramah

Disebutkan oleh sebahagian ahli sejarah, bahawa perpustakaan ini adalah rumah dimana Rasulullah dilahirkan.Rumah itu kemudian dimiliki oleh Aqil bin Abu Thalib yang ia terima dari nabi ketika beliau hijrah ke Madinah,hingga kemudian dijual kepada Muhammad bin Yusuf ats Tsaqafi(saudara al Hajjaj),yang kemudian memasukkannya ke dalam bahagian rumahnya yang dikenal dengan nama Dar Al-Baidha’.Dan ketika al Khayziran(ibu Harun ar Rasyid)menunaikan haji pada tahun 171H,ia kemudian menjadikannya masjid untuk disolat.



Sebenarnya tidak ada dalil shahih yang menjelaskan secara meyakinkan dimana tempat kelahiran Muhammad dengan pasti. Oleh sebab itu, ulama dan sejarahwan berbeda pendapat dalam menentukan tempat kelahiran  beliau.

Seorang lelaki bernama abu saalim al ayasyi yang meninggal tahun 1090H pernah memberitahu tentang tempat kelahiran nabi yang sebenarnya. Dia menyebutkan juga tentang perbezaan pendapat di antara ulama tentang hal ini,lalu berdiskusi pendapat yang mashur dengan orang lain, Ia berkata ‘yang menghairankan adalah mereka menetapkan tempat kelahiran dari rumah itu seukuran tempat tidur. Mereka berkata bahawa itulah tempat kelahiran Rasulullah.Pendapat beliau penetapan ini sangat jauh dari jalur periwayatan yang sahih ataupun lemah, berdasarkan perbezaan pendapat sebelumnya, adakah di kota makkah atau di tempat lain.Jika betul di Kota Makkah,ia dikawasan mana? Di perumahan mana?masih susah jika nak meletakkan ataupun memberitahu secara tepat.Setelah berlalunya masa dan era yang panjang serta hilangnya jejak sejarah.

Kemudian beliau berkata dengan menyampaikan kebenaran berkenaan tempat itu: ‘kelahiran itu terjadi pada zaman jahiliyah dan tidak ada seorang pon yang memiliki perhatian untuk menghafal dan memelihara pelbagai tempat.Dan setelah datangnya islam,kita tahu keadaan para sahabat dan tabi’in yang tidak terlalu menaruh perhatian terhadap tempat-tempat yang tidak terkait dengan amalan syar’i,semoga Allah meredhai mereka,lebih mengalihkan perhatian terhadap yang lebih penting dari itu,iaitu menjaga syariat dan melindunginya.’’

Sejarahwan terkenal,Hamd Al-Jaasir berkata,perbezaan dalam menentukan tempat kelahiran nabi berdasarkan pendapat diyakini,iaitu tempat yang sudah terkenal dan dinamakan oleh sebahagian orang sebagai tempat kelahiran,pada dasarnya tidaklah tertegak atas dasar sejarah yang betul.
Dan tidak diragukan lagi bahawa perbedaan pendapat di antara ulama dan sejarahwan dalam penetuan tempat kelahiran nabi adalah dalil yang mennjukkan bagaimana para sahabat tidak terlalu menaruh perhatian akan hal ini,kerana tidak berkait dengan amalan syariat.Jika tidak,tentu mereka akan sepakat menentukan tempat tertentu yang terkenal sebagimana mereka mengenal tempat-tempat yang lain.

3.Adakah disyariatkan untuk menziarahi   mencari keberkatan?

Tidak disyariatkan untuk menziarahi perpustakaan ini dengan niat ibadah,kerana dari satu sisi,tidak ada dalil menunjukkan hal itu,sementara dasar ibadah itu adalah tauqifi(tidak melakukan ibadah dendan dalil),Dan dari sisi lain,penetapan tempat kelahiran rasullullah pun tidak tepat seperti yang dijelaskan sebelumnya.Jika kita anggap tepat tetapi tidak boleh sama sekali menjadikannya tmpat untuk mencari berkat,kerana tidak disyariatkan menjadikan tempat duduk atau tempat solat untuk menjadi berkat.

Adapun dalil yang menunjukkan disyariatkan menggagunggkan tempat kelahiran rasulullah dan mencari berkat disana,sebagaimana yang diriwayatkan bahawa malaikat  jibril memerintah muhammad pada malam Isra’ dan mi’raj untuk melaksanakan solat dua rakaat di Bethlehem,tempat kelahiran nabi Isa,maka hal itu dapat dibantah dengan jawapan berikut:

1.Bahawa para ulama hadith dan ulama lainnya menghukum riwayat hadith ni sebagai riwayat munkar dan maudhu’.

Syeikh al islam Ibnu Taimiyah berkata terdapat riwayat yang sahih bahawa nabi Muhammad ketika mendatangi Baitul Maqdis pada malam Isra’ dan Mikraj,beliau melaksanakan solat didalamnya sebanyak dua rakaat.

Beliau tidak melaksanakan solat di tempat lain ataupun mengujunginya,kisah mikraj itu itu,sebahagiannya ada dalam kitab shih,juga ada dalam kitab sunan dan musnad,juga ada yang dhaif(lemah) ada pula yang cerita palsu dikarang-karang,seperti hadith yang diriwayatkan sebahagian orang,yang didalamnya disebutkan bahawa malaikat Jibril berkata kepada nabi.’’Ini adalah kuburan ayah-mu,nabi Ibrahim,singgalah dan lakukan solat disana.Ini adalah Bethelem,tempat kelahiran saudara-mu,nabi Isa,singgah-lah dan tunaikan solat disana.Ini semua adalah riwayat-riwayat dusta yang dibuat sehingga padanya.’’bethelem adalah satu di antara gereja orang-orang Nasrani,bagi orang muslim tidak ada keutamaan mendatanginya,bai di tempat kelahiran nabi Isa atau sebaliknya.

Ibnu Qayyim berkata’’Dikatakan beliau singgah di bethelem dan melaksanakan solat disana,sedangkan riwayat itu tidak benar sama sekali.Wallahu a’lam