Saturday 7 December 2013

Tempat-Tempat Menarik di Madinah


  Kota Madinah dahulu-nya sebelum berlakunya penghijrahan Rasulullah S.A.W,Kota Madinah ini dikenali sebagai Kota Yathrib pada awal-nya,di Madinah ini wujudnya Masjid Nabawi yang dikenali sebagai Masjid Nabi kerana di sinilah bersemadinya Makam Nabi Muhammad SAW. Di Masjid inilah  juga terletaknya Raudah yang diiktiraf sebagai ‘sebahagian daripada Taman Syurga.

  Selain itu banyak lagi tempat-tempat menarik yang terdapat di madinah ini dan saya akan ceritakan di bawah ini.


masjid nabawi

1.Masjid Quba'
Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah SAW. Beliau bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, maka akan diberi pahala seperti menunaikan umrah." 
masjid quba'

2.Bukit Uhud                                                                                                                                                                                              Di sini terjadinya peperangan besar,dikenali sebagai peperangan Uhud yang telah mengorbankan bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hamzah.
                                                           
bukit uhud

3.Kubu Kaab Bin Asyraf
Istana seorang Yahudi bernama Kaab Bin Asyraf,beliau dibunuh oleh sahabat Rasulullah kerana dalam syairnya mengutuk dan memaki Rasulullah.
                                                                         
kubu kaab
4.Masjid Tujuh
Terletak di sekitar Masjid al Fath. Di sinilah terjadinya peperangan antara kaum Quraisy dan Yahudi menentang umat Islam. Peperangan ini dinamakan Peperangan Khandak (Parit/Ahzab).
masjid tujuh

5.Masjid Qiblatain
 Masjid ni tempat berlakunya pertukaran kiblat daripada Baitulmuqaddis ke kaabah Mekah. Rasullah S.A.W sendiri yang menukar arah kiblat selepas mendapat wahyu daripada Allah.
masjid qiblatain
6.Bukit Magnet
Dipanggil Bukit Magnet disni disebabkan mempunyai tarikan graviti yg sgt kuat apabila membawa kenderaan(free gear) kenderaan boleh bergerak tanpa menekan pedal minyak,Subahanallah kuasa ALLAH.
bukit magnet
7.Kilang Al-Quran
Tempat kilang pencetakan Al-Quran ,Al-Quran2 yang dicetak diseluruh Saudi semua-nya di cetak disini termasuk Masjid Nabawi dan Masjidil Haram,hanya jemaah lelaki sahaja dibenarkan masuk dan jemaah perempuan hanya tunggu diluar.
kilang al-quran
8.Ladang Unta
Disini tempat ternakan ladang unta untuk jemaah-jemaah yang ingin melawat dan merasai minuman susu unta(fresh) yang diperah dari ibu unta semasa kita ziarah di situ.
ladang unta
9.Universiti Islam Madinah
Universiti ini merupakan satu-nya Universiti di madinah ini yg menempatkan pelajar-pelajar Malaysia,pelbagai bidang yg ada disini antara-nya Kuliah Syariah,Kuliah Al-Quran,Kuliah Hadith,Kuliah Bahasa dan Kuliah Dakwah dan Usuluddin.
islamic university of madinah
kesemua ini adalah antara tempat-tempat menarik di sekitar kota bercahaya madinah ini, dan tidak semua tempat yg dibawa travel jemaah ada diatas,jika ada saudara-saudari berminat pergi tempat-tempat yang tidak pernah ziarah lagi,boleh hubungi saya di talian ini

                    nama:muhammad syazwan
                           kuliah syariah
                           universiti islam madinah
                 notel:+966(5)-68325109                               
                email:shazwan610@gmail.com   

*hubungi saya 3hari atau lebih awal sebelum tiba di madinah untuk menyediakan kenderaan
*harga akan dibincang mengikut tempat ziarah dan jumlah orang
*perkhidmatan V.I.P juga saya menyediakan jika di minta

No comments:

Post a Comment