Tuesday 15 March 2016

APAKAH ITU MADU SIDR

Manakala terdapat banyak madu yang boleh didapati diseluruh dunia, hanya Sidr Yemenimempunyai  nilai yang paling tinggi. Pokok Sidr mempunyai  nilai herbal yang tinggi sejak berkurun lagi dan pohon Sidr dianggap suci serta diguna sebagai ubat yang asli sejak berkurun lagi. Buah dari pohon Sidr ini sering digunakan untuk tujuan perubatan manakala lebah yang membuat madu dari pohon ini mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
pokok sidr

Tiada satu botol pun madu Sidr adalah sama. Lagi tulin madu Sidr maka lagi mahal madu tersebut. Madu boleh didapati melalui pertambahan serta percemaran.  Apabila kita mahukan yang terbaik, kita akan dapati madu Sidr adalah mahal sedikit. Namun demikian apabila melihat akan nilai perubatan serta kebaikan untuk pemakanan harian maka harga adalah berbaloi.

Apabila memperkatakan mengenai kebaikan kesihatan madu Sidr, anda hanya perlu mengambil satu sudu kecil madu setiap hari.  Perlu di ingatkan bahawa madu Sidr mempunyai rasa yang sungguh sedap. Lagi banyak anda mengambil akan lagi bertambah akan nilainya.

JENIS MADU YEMENI

1. Madu  Sidr : 
Ianya madu bunga mono yang merupakan madu yang terbaik didalam dunia. Ianya mempunyai kualiti yang unik untuk nilai perubatan. Madu ini diambil oleh lebah dari bunga Sidr sahaja. 

2. Madu Summur / Sumrah honey: 
Ianya madu bunga mono yang merupakan madu yang kedua baiknya selepas madu Sidr. Madu ini  diambil oleh lebah dari bunga Sumrah sahaja.

3. Madu  Mara’i : 
Ianya merupakan madu dari pelbagai bunga. Ianya merupakan madu biasa yang diambil dari pelbagai bunga nectar dari pelbagai pokok.

Perbezaan utama kualiti madu ialah melalui sumber madu samada dari satu jenis pokok berbunga atau pelbagai pokok bunga dari lebah lebah. 

Kajian yang dijalankan didalam jenis lebah mendapati sumber pohon bungacuacaapabila madu di tuai serta keadaan tanah merupakan factor terhadap rasa, warna  atau bau tetapi juga kualiti untuk nilai perubatan.

Faktor lain yang penting mempengaruhi nilai perubatan madu ialah keasliannya.

Hanya madu yang asli belum diproses tanpa di campur bahan awet adalah yang terbaik. Nilai madu Sidr yang tinggi adalah disebabkan oleh nilai perubatan serta kesukaran untuk memperolehinya.

Ianya  madu yang paling mahal kerana dipercayai mempunyai  unsur perubatan, unsur mempermuda selain dari kosmetik serta kualiti afrodisiak.

KEUNIKAN MADU SIDR DAN SUMMUR
madu

Madu Sidr dan Summur dari Lembah Hadramawt dikatakan sebagai madu terbaik dantermahal di dunia serta mendapat permintaan yang cukup tinggi dari seluruh pelusuk dunia kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Madu Sidr dan Madu Summur kedua-duanya adalah madu mono-floral di mana lebah-lebah madu Sidr hanya menghisap nektar bunga Sidr, manakala lebah-lebah madu Summur hanya menghisap nektar dari bunga Summur (atau samrah). Ia tidak mengambil nektar dari bunga-bunga lain, berbeza dengan madu poly-floral yang lebah-lebahnya menghisap nektar dari pelbagai jenis bunga.

Dari segi kualiti dan khasiat, madu mono-floral adalah lebih baik, dan jumlah madu yang dihasilkan juga agak terhad menjadikan harganya lebih mahal berbanding madu-madu asli yang lain. Warna dan aroma madu sangat bergantung pada nektar bunga yang menjadi makanan sang lebah.

Penghasilan madu Sidr dan Summur di Lembah Hadramwt dilakukan secara tradisionalsepenuhnya sejak ratusan tahun dahulu tanpa menggunakan teknologi moden. Madu yang dihasilkan tidak diproses dan tidak ditambahkan dengan bahan-bahan lain bagi mengekalkan khasiat dan memastikan keaslian dan ketulenan madu.

Lebah-lebah tidak diberi minum air gula atau antibiotic seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan penternak madu di tempat lain. 

Penternak lebah moden biasanya memberi air gula kepada lebah bagi memastikan produktiviti yang cepat dan berterusan, serta bagi mengelakkan lebah 'lari' atau berpindah sarang ketempat lain. Namun kajian menunjukkan bahawa tindakan ini menyebabkankhasiat dan bakteria baik yang sepatutnya ada di dalam madu yang dihasilkan itu hilang.

Madu Sidr dan Summur asli telah popular sejak zaman dulu sebagai penyembuh pelbagai jenis penyakit, digunakan sebagai ubat-ubatan sejak sebelum berkembangnya perubatan moden dan farmaseutikal. Madu ini mengandungi kadar anti-oksida yang sangat tinggi, bahkan aroma dan rasa madu itu sendiri cukup enak dan sukar dilupakan.

POKOK SIDR / BIDARA / JUJUBE
pokok sidr

Pohon Sidr juga dikenali dengan sebutan sebagai pohon Lote, Jujube, Christ's Thorn, Pohon Nabkh. Ia adalah sejenis pohon bidara.Nama Botanicalnya adalah ZiziphusSpina-Christi merupakan sebuah pohon tua. Dikatakan bahawa buah Sidr adalah buah pertama yang dimakan oleh Nabi Adam 'alaihissalam ketika diturunkan ke bumi (wallahua’lam).

Pokok Sidr ini dikatakan sebagai pokok yang suci dan disebutkan sebanyak empat kali di dalam Al-Quran, misalnya dalam Surah Saba disebut sebagai pohon di bumi, manakala dalam Surah Al-Najm disebut sebagai pohon di Syurga yang paling tinggi di langit ke-7 iaitu Sidratul Muntaha.  (Rujuk surah Saba: 15-16, Al-Waqi’ah: 27-33, Al-Najm: 7-18).

Semua bahagian dari pokok ini bermanfaat sebagai ubat sejak turun temurun.

  • Daun
    Digunakan sebagai jamu, syampu herba, merawat kelemumur, kutu, bengkak mata, obesiti, membersih badan dengan dicampur air panas kerana mengandungi disinfeksi dan minyak dari resin deodoran, menghilangkan bau badan, kaya dengan kalsium, ferum dan magnesium.
  • Abu kayu
    Digunakan untuk mengubati gigitan ular.
  • Buah Sidr
    Mengandungi energi yang sangat tinggi.
  • Biji
    Kaya dengan Protein.
  • Akar dan kulit kayu
    Digunakan sebagai jamu, ubat perut, ubat batuk.
Madu Sidr
Madu Sidr dari Hadramawt Yaman bersifat anti-bakteria, iaitu membunuh pelbagai jenis bakteria, bahkan lebih hebat berbanding anti-mikrob yang paling hebat yang digunakan dalam bidang perubatan moden pada hari ini. 

Selain itu penggunaan madu ini adalah selamat tanpa kesan sampingan berbeza dengan ubat-ubatan moden yang hakikatnya merosakkan sistem pertahanan tubuh dalam jangka masa panjang.
anti bakteria
Madu Sidr dan Summur yang asli, yang lebahnya tidak diberi minum air gula menghasilkan madu yang bersifat antibioticantiseptic dan antifungal, berbeza dengan madu-madu jenis lain yang menurut kajian, tidak memiliki sifat unik ini.

Disokong kajian oleh Tala Alandejani, MD, di University of Ottawa (Canada) menemukan bahawa:
Fakta:
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MSSA (methicillin sensitive staphylococcus aureus) mencapai 63%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria MRSA (methicillin-resistant Staphylococcus aureus) mencapai 73%.
  • Keberkesanan Madu Sidr dalam membunuh bakteria PA (Pseudomonas aeriginosa) mencapai 91%.
PHYTOCHEMICALS adalah zat dari madu dari pelbagai jenis tumbuhan, bergantung dari mana lebah memperoleh nektarnya untuk menghasilkan madu. Zat ini berperanan aktif didalam penghasilan Madu memiliki pelbagai khasiat pengubatan.
KEPADA PECINTA MADU SIDIR YAMAN
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGI NO INI

+966568325109(WASSAP)
+60139769311(WASSAP DAN CALL)
HARGA INSYAALLAH MURAH DAN GRED DIJAMIN

No comments:

Post a Comment